Thursday 26 December 2013

ROTI POTATO...

As salam....
25/12/13....Public holiday.....yahoooo...Time untuk rehat...Mama cuti...Esya pon cuti...tapi Papa esya work....x best...tak boleh g jalan-jalan...Tak pe la  duduk rumah buat la apa yang patut....hehehehe...tangan dah terasa gatal nak meroti....pe lagi nak try la buat sweet bun potato...Hubby Yatie suka roti ni...jom kita tengok proses Yatie meroti....

Proses membulatkan doh...tunggu doh mengembang dulu..

Paipkan krim kastart ikut kreativiti sendiri

Ehem-ehem...Dah siap bakar...

Cantik kan kejadiannyer...

Sedap dimakan panas-panas...

Tersangat la gebus...memang menggoda...
Roti potato ni memang sangat gebu...sama macam kedai punya oooo...puas hati dapat makan homemade punya...

Step meroti ni sama jer macam roti sosej yang lepas...cuma yang ni lagi simple..tak perlu susah-susah nak bentuk...just bulat-bulatkan jer...pas tu paipkan krim kustart...dah siap...

Resepi roti potato ni, Yatie amik kat blog masakan paling popular...sape lagi kalau bukan Cik Mat Gebu...


RESEPINYER...
Resepi Asal: Mat Gebu

Bahan Doh :-)
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...

Selamat mencuba....


3 comments: