There was an error in this gadget

Thursday, 5 December 2013

Resepi Kek Puding Karamel...

As salam...agak lama juga tak update resepi blog ni...kek puding karamel ni memang dah glamer dari dulu lagi...tapi still popular dek kesedapannye....teksurnya yang lembut macam kapas..gabungan karamelnya yang sejuk memang enak dimakan bersama kek...memang layan kalau makan kek ni sejuk2...mmmmmm....

Jadi meh sini dekat-dekat kita tengok resepinya...



NYAMAN..MAKAN SEJUK2..
Walaupun, step by step untuk prepare kek ni nampak agak rumit, tapi sebanarnya tak la susah sgt seperti yang kita sangkakan..ni rupa kek puding karamel yang dah di potong... Hehehe..tak sempat nak letak atas piring terus snap gambar... Ok la..layan ye resepi kat bawah ni...



                                                sumber asal saya rujuk di sini..
Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm
(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
 (B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
 
 D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar 



Cara-cara :

  • Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan. 


  • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye.. 


  •  Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.

  • Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.
  • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)


  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..

C + D + pewarna


  • masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.

Adunan kek sebelum dibakar
  • Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya) 




Double boiling

  • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
  • Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
  • Sedap dimakan sejuk.

SELAMAT MENCUBA






1 comment:

  1. assalamualaikum cream of tartar 2 apa?
    fresh cream ka?

    ReplyDelete