There was an error in this gadget

Monday, 21 October 2013

SEBAB SEBAB KEK BANTAT

Hurmmm...tengok tajuk pun dah tak semangat...minggu lepas, punya la semangat Yatie nak buat kek..untuk makan2 la..tup2 kek yang mula2 naik cantik berseri2 bertukar jadi bantat....arghhhhh...kenapa ni? apa salahku..dimana silapku? itu lah soalan yang banyak kali Yati tanya En Hubby..sampai last sekali dia biarkan Yatie bertenang sendiri.. di sebabkan tak puas hati Yatie buat research sendiri...ni la jawapannya...
Next Time Yatie akan lebih berhati2...semoga perkongsian ni dapat membantu kawan2 yang lain juga...

Ni la rupanya kek yang tak jadi tu...tapi next time Yatie tau la di mana salahnye..





Sumber dari : dayangjack.blogspot.com

Kek Tidak Naik Sekata

  • Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
  • Bancuhan tepung tidak sebati 
  • Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
  • Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
  • Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
Kek Menjadi Bantat 
  • Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil. 
  • Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
  • Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
  • Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik2nya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
  • Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
  • Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
  • Suhu ketuhar terlalu rendah.
Kek Mendap pada Bahagian Tengah 
  • Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
  • Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya 
  • Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat. 
  • Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
  • Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
  • Sukatan bahan tidak tepat.

Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
  • Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
  • Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
  • Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
Kek Terlalu Lembab dan Leper 
  • Terlampau banyak cecair.
  • Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
  • Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Terlalu Berat 
  • Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
  • Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama. 
  • Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
  • Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung
  • Gula yang digunakan melebihi sukatan
  • Terlalu banyak cecair
  • Suhu ketuhar terlalu rendah
Kek Merekah 
  • Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
  • Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan 
  • Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar. 
  • Kekurangan cecair.
  • Acuan / loyang terlalu kecil.
  • Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
Kek Buah Mendap 
  • Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
  • Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
  • Terlebih serbuk penaik 
  • Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
  • Adunan tidak dipukul sebati
Kek Menjadi Keras 
  • Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
  • Terlalu banyak tepung gandum.
  • Tidak cukup cecair
  • Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
  • Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
  • Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
  • Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis. 
  • Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yg boleh dipercayai.
Kek Menjadi Kering 
  • Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
Kek Menjadi seperti Roti 
  • Sukatan serbuk penaik tidak tepat
  • Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
  • Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
  • Tepung tidak sesuai
  • Adunan tidak dipukul dgn sebati
Kek Menjadi seperti Bingka
  • Bancuhan tidak dipukul sebati
  • Terlampau banyak cecair
  • Tepung terlalu sedikit
  • Suhu ketuhar tidak cukup panas 
semoga Kek yang akan datang tiada lagi kesilapan seperti sebelum ni... Practice make perfect...


Petua Kek Cantik dari Chef Wan

Menurut Chef Wan, proses membuat kek adalah 'proses tepat' yang bahan-bahannya perlu seimbang antara satu sama lain bagaikan satu rumusan kimia. Malah, memang berlaku proses kimia apabila bahan kek mentah dibakar dan menjadi satu hidangan makanan/manisan yang lazat.

Tidak dapat digambarkan keistimewaan perkataan 'kek' jikalau dibandingkan proses membuat adunan kek manis yang dibakar, disapu inti di tengahnya dan disalut gula aising, yang direka bentuk dengan mudah di sekeliling kek. Keindahan kek ini dapat memberikan kepuasan. Seni memasak kek ada unsur seni reka yang tersendiri. Kek adalah asas struktur, intinya sebagai lepa dan aisingnya sebagai jubin atau pertukangan papan, menjadikannya satu bentuk yang sempurna.

Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur, lelemak... kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik. Berikut Chef Wan telah menurunkan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.
  1. Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.
  2. Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.
  3. Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.
  4. Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.
  5. Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.

Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?

Harap2 jangan terjadi seperti perkara buruk di atas...

7 comments:

  1. Replies
    1. Terima Kasih bg support...kembali semangat ni..

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih friend...pembakar semangat tu..

      Delete
  3. tQ kak, sy copy ntok share ya.. :)

    ReplyDelete
  4. Klo kita bakar dia merekah..pastu tetiba mendap blh mkn xkekvtu...syg plk klo buang

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh makan, tapi make sure dalam tu masak la...kalu tak sakit perut pulak mkkn tepung mentah,

      Delete