There was an error in this gadget

Thursday, 31 October 2013

Tempahan Lagi..Brownies Layered With Cheese

ASSALAMUALIKUM...Salam Khamis...

Enty untuk kali ni adalah tempahan dari sahabat baik Yatie, Suraya...kali ni, Sue tempah Brownies Layered With Cheese.




Apapun yatie nak ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi order kek dengan Yatie..sebenarnya Sue ni peminat kek coklat moist, tapi Sue terus jatuh cinta sama Brownies Layered With Cheese sejak rasa kek ni Aidilfitri yang lalu...


Berjaya juga buat Sue beralih arah dari kek coklat moist ke brownies...Selamat Menjamu Selera...

Yang berminat  untuk order boleh PM di FB atau sms 012-6768654



Monday, 28 October 2013

Ayam Panggang..nyum2..

    As salam..Entry kali ni pasal ayam...tapi kali ni best sikit la..ayam panggang..hari-hari layan FB, tgk group masakan post gambar makanan, maka Yatie pun merajinkan la diri untuk memasak...hujung2 minggu terpaksa la memasak sebab Mr Hubby dah jemu makan kat luar..

  Yang kelakarnya bila buka peti sejuk, stok yang ada ayam jer la...blank..tak tau nak masak apa ayam ni...sebenarnya penyakit malas yang banyak, tu pasal tak de idea.. Ambil masa juga la nak fikir menu...last2 tengah syok main FB tetiba nampak satu post dari teman FB Nita Miss'uCelallu ayam bbq..waaa..punya la menggoda..pe lagi..trus comment minta resepi..tup2 dapat dia pm resepi..memang best..thanks to Nita Miss'uCelallu..

Tanpa membuang masa, Yatie pun ke dapur memulakan proses pemerapan ayam..
Resepi asal guna bahagian kepak jer..tapi Yatie guna semua bahagian ayam yang ada...hahaha..hentam jer..



Yatie panggang guna pemanggang ajaib..cepat masaknya..




Taraaaa..ni la hasilnya..memang yummy...Sekian..selamat menjamu selera...

Mai sini tgk resepinye...






















SELAMAT MENCUBA..

Friday, 25 October 2013

TEMPAHAN HANTARAN DAN KEK

As salam..salam Jumaat..entry pagi ni untuk tempahan hari ni..


redvelvet cupcake with roses
Ini tempahan dari  Pn Malahayati , untuk hantaran perkahwinan abang yang akan melangsungkan perkahwinannya di Melaka..Harap berpuashati, Selamat Pengantin Baru dan yatie doakan pengantin bahagia hingga akhir hayat.


cappucinno kek



Yang ni pula, tempahan dari officemate Yatie Ms Jenny...simple deco..untuk makan2 di office katanya..Harap puas la makan ye...

Yatie ucapkan ribuan terima kasih pada Pn Malahayati n Ms Jenny sebab sudi kek dengan Yatie...dan pada yang berminat untuk order boleh la pm di fb atau sms 012-6768654

SALAM JUMAAT...MARI LAH KITA BERSALAWAT..KELEBIHAN SALAWAT





http://3.bp.blogspot.com/-jaU6FcqThuY/T3ZFwaH2psI/AAAAAAAAAZM/Fv6iSpzw2qc/s1600/kelebihan+selawat.jpg
Assalammualaikum...
 Sama2 kita menghayati kelebihan bersalawat...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani

Thursday, 24 October 2013

REDVELVET CUPCAKE..

As salam...

Hai si baldu merah....malam tadi prepare menyiapkan redvelvet cupcake..ni sambungan bunga rose hari yang sebelumnya...

Lepas siap prepare makan malam, Yatie terus prepare bahan2 untuk buat redvelvet cupcake ni...penat sikit tak pe..asalkan stress di office tadi hilang..Ini sebahagian terapi la untuk menghilangkan stress..cuba lah kawan2...bila kita tengok hasil kek kita menjadi terasa bahagia betul..

Ni masa dalam oven..tgk punya la mengancam..cantik je dia naik..






Tak lama nak menunggu cupcake ni masak..sebab kecil kan..dalam 20 minit dah siap...


Ni dah kat luar oven..semerbak baunya...memang gebu hasilnya...


Nanti sambung sesi letak topping pula...bila dah letak topping pasti terangkat...sedapp....

Resepi...
Bahan-bahan
  • 250g tepung kek (atau guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)
  • 1/2 sdt garam 15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko
  • 113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)
  • 160g gula kastor
  • 2 biji telur -gred A
  • 1 sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk  - jika tiada, kita buat sendiri
  • 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka - untuk buttermilk
  • 2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah
  • 1 sk cuka
  • 1 sk bikarbonat

 Cara membuat buttermilk
  • Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama.
  • Boleh juga menggunakan yogurt plain. 
 
Bahan-bahan creamcheese frosting
 
1) cream cheese Philadelphia (250gm)
2) mentega (35gm )
3) gula aising (130gm )
4) esen vanilla (1/2 sudu kecil )

Cara membuat kek
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung) 
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. 
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. 
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese bersama bahan2 lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat (agak2 kepekatannya dah sesuai utk disapu pada kek) Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka. 
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.


Pada yang berminat untuk order, boleh la Pm di FB atau sms 012-6768654...



Wednesday, 23 October 2013

SENARAI HARGA KEK

SNOW CHEESE KEK RM 50.00














SNOW CHEESE KEK RM 60.00 (with deco)















TIRAMISU CHESSBOARD RM 80.00


CORAK DALAM KEK



























WALNUT COKLAT / COKLAT MOIST  KEK WITH FRESH CREAM RM 65.00 - RM 100.00

















KEK COKLAT MOIST  FROM RM 50.00



KEK COKLAT MOIST DECO ROSES FROM RM 55.00 - RM 60.00















KEK COKLAT MOIST WITH FRESH FRUITS RM 50.00 (STRAWBERRY / ANGGUR)














KEK COKLAT MOIST WITH EDIBLE IMAGE RM 65.00 (UNTUK EDIBLE IMEJ YANG READYMADE)


































KEK COKLAT INDULGENCE FROM RM 80- RM 85.00








































MOCHA/ CAPPUCCINO KEK FROM RM 50- RM 55














BROWNIES LAYERED WITH CHEESE FROM RM 55.00- RM 60.00

































JAPANESE COTTON SOFT CHEESE KEK FROM RM 40.00 - RM 50.00




KEK BUTTER MARBLE RM 40.00















KEK PUDING KARAMEL RM 45.00





























KEK SPAN DECO WITH BUTTERCREAM FROM RM 50.00 - RM 60.00
KEK COKLAT MOIST DECO WITH BUTTERCREAM  RM 60.00 















KEK CHEESE MELELEH  PAKET BUDJET  RM 16.00 PLAIN
                                                                          RM 20.00 WITH FILLING












FRUITS TART HANTARAN  16 PCS RM 50.00














CUP CAKE HANTARAN (COKLAT / REDVELVET) 12 PCS RM 60.00














 PUDING TRIFFLE HANTARAN DALAM CUP RM 4.00 PER CUP (ORDER BAWAH 50 PCS)
                                                                               RM 3.50 PER CUP (ORDER LEBIH 50 PCS)















CUP CAKE RED VELVET RM 45.00 (16 PCS)
                                            RM 35.00 (12PCS)
SIMPLE DECO...






























MUFFIN COKLATCIP      Cup Sederhana = RM 1.00 - min order 25pcs 
                                            Cup Besar = RM 1.50 - min order 20pcs














WALNUT COKLAT CUPCAKE  Cup Sederhana = RM 0.75 - min order 20pcs 













DELIVERY

1. RM 10 hingga   rm 20 cas delivery sekitar LEMBAH KELANG  ( lihat tempat  ) delivery di kire harga ihsan ye.
2. Delivery sebelah petang atau malam sahaja.
3. Jike permintaan delivery sebelah pagi di pertimbangkan hanya untuk hujung minggu sahaja (Ahad) 
4. Jike sudi dan berdekatan dengan rumah Yatie ,boleh pickup sendiri ye ( Bandar Pinggiran subang berdekatan Subang airport dan Kampung Melayu Subang )

Tuesday, 22 October 2013

BUNGA ROSE..

As salam..entry kali ni pasal bunga rose...first time tgk kwn2 FB dan blog masakan buat bunga rose memang teruja..Disebabkan minat Yatie download video kat youtube step by step buat bunga rose...Hari2 tengok..tak jemu2 Yatie tgk berulang kali..semangat nak buat tu memang makin menebal setiap hari..Yatie yakin macam boleh buat..

Bila tengok kat blog2 masakan kawan2 yang buat deco kek letak bunga rose mula la berangan..kalau la Yatie dapat buat bunga secantik macam tu alangkah bahagianya..

Dipendekkan membebel, suatu hari dapat jgk peluang pegang nozel untuk buat bunga rose.. Masa tu, Yatie join kelas untuk deco kek buttercream ngan Aniz Baking  Centre, terketar2....keras tangan ni nk membentuk kelopak2 bunga tu..nampak macam mudah, sebenarnya susah la untuk orang yang keras tangan macam Yatie ni..first time bunga yang jadi dah macam bunga rose tak jadi kembang..hehehe menguncup jer..tapi betul la nak pandai kena la practice..kalau selalu buat lembut la sikit tangan nak membentuk kelopaknya..dah hasilnya mungkin lebih cantik...

Bunga rose hasil tangan keras yatie..

Sebelum buat bunga rose ni, Yatie banyak baca blog2 kawan2 lain yang buat bunga rose..kali ni Yatie rujuk Blog Kak Ita Masam Manis...memang teruja tengok hasil kerja tangan Kak Ita...memang cantik..pendek kata semua sentuhan beliau memang cantik...untuk tengok lebih dekat hasil kerja tangan Kak Ita boleh la klik KLIK DI SINI.

Roses in purple...



Bunga-bunga rose ni Yatie buat awal untuk dihias atas cupcake yang ditempah oleh kawan untuk dibuat hantaran..Cuma entry kali ni Yatie cerita pasal bunga rose je la..Nak tayang gambar kek yang dihiasi bunga rose belum ada lagi ..kek blum buat lagi..hehehe...

Untuk lebih detail boleh lawat ke blog JUICY CAFE & CAKES. Kat sini ada sertakan resepi untuk bunga dan cara step by step nak buat kelopak bunga itu sekali.Yatie banyak kali skodeng blog ni, sebelum buat bunga rose ni.. Cantik sangat2 bunga rose yang dihasilkan..macam bunga betul, siap ada embun...

So kita layan resepi  dulu...

Bahan2 buttercream bunga..
300 gm shortening
350 gm gula aising - ayakkan
Cara2nya..
1. Satukan shortening dan gula aising dalam mangkuk, gaul dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
2. Jangan gaul lama2, cukup setakat adunan sebati, kalu gaul lama2 nanti adunan jadi lembik.
3. Bule tambahkan pewarna atau perasa jika suka.



finally...ini lah..Bunga Rose saya..