Friday 4 October 2013

RESEPI KEK COKLAT INDULGENCE

RESEPI NI SAYA CUBA DARI BLOG BILA CHAH KE DAPUR
Bahan-bahan (kek):
Sumber : Saya olah resepi kek span dari Blog Kak Yati . 
* Jika ingin menggunakan tepung kek span pre mix, anda cuma perlu ikut arahan pada label tepung tersebut

150g tepung naik sendiri
5 biji telur
80ml minyak jagung/butter yang dicairkan
120ml susu coklat
150g gula halus
1 1/2 sudu besar ovellete
2 sudu besar cappucino emulco
3 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:

  • Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.
  • Masukkan minyak jagung, putar perlahan. Masukkan pula susu dan cappucino emulco. Apabila sebati, masukkan tepung dan serbuk koko. Pukul perlahan hingga sebati. 
  • Saya panaskan oven kira-kira 10 minit  dan bakar kek kira-kira 10 minit kerana saya menggunakan loyang swiss roll.

Untuk mengurangkan tekanan perasaan sebab lama sangat kena tunggu kek masak, saya bakar dalam loyang bersaiz  10 in x 12 in x 1 in . Saya bakar dalam dua loyang, so bila dipotong dua, saya dapat 4 keping kek yang bersaiz 6 x 10 in.


Bahan-bahan white choc filling:

100g compund white chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, saya gunakan brand Rich)

Cara-cara:
  • Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan. 
  • Pukul whipping cream hingga kembang. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan menyebabkan  ianya overmixed dan akan menjadi berketul. 
  • Pukul telur dengan butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.  Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata.


Bahan-bahan untuk dark chocolate filling:


100g compund dark chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, saya gunakan brand Rich)

Caranya sama dengan kaedah penyediaan white chocolate filling.


Bahan-bahan untuk ganache:

300g dark chocolate (Jika tidak menggunakan chocolate coins, pastikan coklat dipotong kecil untuk memudahkan ia larut dengan cepat)
300g non dairy whipping cream
25g butter

Cara-cara:

  • Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil. 
  • Masukkan butter kacau perlahan. 
  • Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya. 


Cara untuk assemble kek:

  • Potong kek menjadi 4 keping. 
  • Letak sekeping kek di atas kek plate. Sapukan white choc filling, anggaran 1/2 daripada adunan. Ratakan. Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate filling. Ulang hingga lapisan kek habis dan sapukan kek dengan baki dark chocolate  filling. Sejukkan dalam peti ais hingga betul-betul set sebelum dicurahkan dengan ganache.
  • Kek-white choc-kek-dark choc-kek-white choc-kek-dark choc-ganache. Siap!

2 comments:

  1. hmm.. nk tanya, agak2 kos nak beli barang2 utk sebijik kek ni berapa eh? lagi mahal ke lagi murah dari harga sebiji kek Cok indulgence kt secret recipe tu eh?

    ReplyDelete
  2. kosnya dah tentu la murah sikit dr kek secret resepi..tp berbaloi makan hasil tangan sendiri...puas...

    ReplyDelete