There was an error in this gadget

Thursday, 24 October 2013

REDVELVET CUPCAKE..

As salam...

Hai si baldu merah....malam tadi prepare menyiapkan redvelvet cupcake..ni sambungan bunga rose hari yang sebelumnya...

Lepas siap prepare makan malam, Yatie terus prepare bahan2 untuk buat redvelvet cupcake ni...penat sikit tak pe..asalkan stress di office tadi hilang..Ini sebahagian terapi la untuk menghilangkan stress..cuba lah kawan2...bila kita tengok hasil kek kita menjadi terasa bahagia betul..

Ni masa dalam oven..tgk punya la mengancam..cantik je dia naik..






Tak lama nak menunggu cupcake ni masak..sebab kecil kan..dalam 20 minit dah siap...


Ni dah kat luar oven..semerbak baunya...memang gebu hasilnya...


Nanti sambung sesi letak topping pula...bila dah letak topping pasti terangkat...sedapp....

Resepi...
Bahan-bahan
  • 250g tepung kek (atau guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)
  • 1/2 sdt garam 15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko
  • 113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)
  • 160g gula kastor
  • 2 biji telur -gred A
  • 1 sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk  - jika tiada, kita buat sendiri
  • 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka - untuk buttermilk
  • 2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah
  • 1 sk cuka
  • 1 sk bikarbonat

 Cara membuat buttermilk
  • Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama.
  • Boleh juga menggunakan yogurt plain. 
 
Bahan-bahan creamcheese frosting
 
1) cream cheese Philadelphia (250gm)
2) mentega (35gm )
3) gula aising (130gm )
4) esen vanilla (1/2 sudu kecil )

Cara membuat kek
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung) 
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. 
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. 
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese bersama bahan2 lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat (agak2 kepekatannya dah sesuai utk disapu pada kek) Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka. 
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.


Pada yang berminat untuk order, boleh la Pm di FB atau sms 012-6768654...



2 comments: