Wednesday, 9 October 2013

LANGKAWI....

As salam...04 oct 2013..First time jejak kaki ke Langkawi...memang teruja..best..
Sampai2 jer cuaca yg tadi kat LCCT panas terik bertukar..rupanya kat Langkawi musim hujan..wlu mcm mana pun kami sekeluarga masih lg excited nak berjalan...ni la perjalanan kami di Langkawi..









1st day..
Melawat makam mahsuri
cantiknya Mahsuri...
makam mahsuri
 

Mahsuri memang cantik...sangat kagum tgk kecantikannya...
fuhh...memang penat...wlupun hujan..berjalan tetap berjalan...



2nd day..
Island hopping..Fun time...

naik bot
Eagle feeding
sangat happy...

Tasik Dayang Bunting
Fish di pulau beras basah..
sibuk pakai safety jacket...
dalam bot nak island hopping
   Ternyata aktiviti island hopping ni sgt fun..wlupun pnt...pulau n pantainya sangat cantik dan bersih...kami sekeluarga dapat melawat ke 3 pulau..Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah..ke tiga2 pulau ni memang cantik..bersih dan airnya sgt jernih...
   Permandangan di Tasik dayang bunting memang mendamaikan..air tasiknya yang biru ke hijauan sangat menenangkan perasaan..di sini kita di benarkan mandi manda di tasik..ataupun kita boleh memilih untuk naik bot solar yang boleh di sewa dengan kadar RM 30 selama setengah jam..boleh la pusing2 tasik..
   Seterusnya kami menyusur ke Pulau singa Besar..di sini kita dapat melihat burung helang makan..tak sangka dapat melihat spesis burung helang yang banyak..memang best..sebab first time dapat tgk helang dekat2...
   Last sekali kami ke Pulau Beras Basah..kat sini aktiviti mandi manda dan snokerling...airnya memang jernih..boleh terus nampak ikan.. air pantai pun sejuk wlupun panas terik...

3rd day
 Melawat tempat proses minyak gamat dan Dataran Lang

di depan kilang proses minyak gamat
Pilih2 minyak gamat..












Dataran Lang 
 
Dataran Lang
Hari terakhir kami di Langkawi..kami sekeluarga plan naik cable car..tapi cuaca tak mengizinkan..hujan lebat..so kami buat keputusan pusing2 Langkawi..beli minyak gamat..coklat dan cenderamata untuk kawan2.."memang kena g Langkawi lagi ni ayang..sebab kita tak dapat naik Cable Car" kata Fakhir suamiku....
Walaupun percutian ni agak singkat..tapi memang menyeronokkan..ini adalah pengalaman manis buat kami sekeluarga..Jika ada rezeki lagi, kami sekeluarga akan bercuti di sini lagi..

KEK COKLAT INDULGENCE

Assalamualaikum wbt..

Entry kali ni agak lambat..sebenarnya kek ni di tempah sahabat suami yatie..Pn Muna pada 4 oct 2013 yang lepas..tak sempat nak update sebab yatie sekeluarga bercuti ke Pulau Langkawi...
Deco kali ni memang simple sangat..Yatie harap Muna berpuas hati..dan selamat menjamu selera...



Jumpa lagi di entry akan datang...berminat sila pm di FB atau SMS di 012-6768654

Friday, 4 October 2013

RESEPI KEK COKLAT INDULGENCE

RESEPI NI SAYA CUBA DARI BLOG BILA CHAH KE DAPUR
Bahan-bahan (kek):
Sumber : Saya olah resepi kek span dari Blog Kak Yati . 
* Jika ingin menggunakan tepung kek span pre mix, anda cuma perlu ikut arahan pada label tepung tersebut

150g tepung naik sendiri
5 biji telur
80ml minyak jagung/butter yang dicairkan
120ml susu coklat
150g gula halus
1 1/2 sudu besar ovellete
2 sudu besar cappucino emulco
3 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:

  • Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.
  • Masukkan minyak jagung, putar perlahan. Masukkan pula susu dan cappucino emulco. Apabila sebati, masukkan tepung dan serbuk koko. Pukul perlahan hingga sebati. 
  • Saya panaskan oven kira-kira 10 minit  dan bakar kek kira-kira 10 minit kerana saya menggunakan loyang swiss roll.

Untuk mengurangkan tekanan perasaan sebab lama sangat kena tunggu kek masak, saya bakar dalam loyang bersaiz  10 in x 12 in x 1 in . Saya bakar dalam dua loyang, so bila dipotong dua, saya dapat 4 keping kek yang bersaiz 6 x 10 in.


Bahan-bahan white choc filling:

100g compund white chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, saya gunakan brand Rich)

Cara-cara:
  • Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan. 
  • Pukul whipping cream hingga kembang. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan menyebabkan  ianya overmixed dan akan menjadi berketul. 
  • Pukul telur dengan butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.  Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata.


Bahan-bahan untuk dark chocolate filling:


100g compund dark chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, saya gunakan brand Rich)

Caranya sama dengan kaedah penyediaan white chocolate filling.


Bahan-bahan untuk ganache:

300g dark chocolate (Jika tidak menggunakan chocolate coins, pastikan coklat dipotong kecil untuk memudahkan ia larut dengan cepat)
300g non dairy whipping cream
25g butter

Cara-cara:

  • Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil. 
  • Masukkan butter kacau perlahan. 
  • Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya. 


Cara untuk assemble kek:

  • Potong kek menjadi 4 keping. 
  • Letak sekeping kek di atas kek plate. Sapukan white choc filling, anggaran 1/2 daripada adunan. Ratakan. Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate filling. Ulang hingga lapisan kek habis dan sapukan kek dengan baki dark chocolate  filling. Sejukkan dalam peti ais hingga betul-betul set sebelum dicurahkan dengan ganache.
  • Kek-white choc-kek-dark choc-kek-white choc-kek-dark choc-ganache. Siap!

Kek Coklat Indulgence


As Salam...pagi2 dah tgk si hitam manis ni...hurmmm...tergoda kan.. dengan kepekatan coklat ganache nyer..Memang ramai yang menggilai si hitam manis ni..ape tu??? kek Coklat Indulgence la...sememangnye Kek Coklat Indulgence ni sinonim dengan Secret Resepi...orang ramai berpusu2 pergi ke secret resepi untuk merasai kesedapan dan kenikmatan kek ni..rata2 ramai yang berpuas hati sedappp...wlupun harganya agak mahal...



 

Yatie pun sama..jatuh cinta sama kek coklat indulgence ni...sememangnya gabungan rasa mousse coklat putih dan mousse coklat bersama kek coklat adalah kombinasi yang tepat jika dijamah sejuk2...memang sedap..

Yatie rasa amat bertuah dapat belajar membuat kek ni dengan Chef Khairi yang pernah bekerja di Secret Recepie sebelum ni..rata2 kawan2 yang pernah membuat tempahan kek coklat indulgence dengan Yatie berpuas hati...terima kasih pada yang pernah order dan tak jemu2 bagi sokongan pada Yatie.. Apa pun..pada semua kawan2 yang berminat dengan kek coklat indulgence ni boleh la PM Yatie di FB atau terus masej Yatie 012-6768654..

Wednesday, 2 October 2013

COKLAT INDULGENCE PUNYA CERITA LAGI...

as salam..pagi ni agak tergesa2 sikit..teringat kek coklat indulgence yang Yatie buat malam tadi..kek ni di tempah oleh officemate Yatie sempana hari lahir ibunya..deco Yatie kali ni sgt simple..hentam saja..Yati harap beliau berpuas hati..Tak lupa Yati nak wish Selamat hari lahir untuk IBU k.zam..semoga panjang umur dan murah rezeki...
Jumpa lagi di entry akan datang..

Tuesday, 1 October 2013

Coklat Indulgence



       Alhamdullillah..misi untuk kek coklat indulgence dah selesai...dapat jgk Yatie siapkan walaupun pada mulanya pelanggan yang menempah ke ni nak cancel tempahan last minute..bukannya apa..gara2 Yatie post gambar kek coklat moist dalam FB, pelanggan Yatie ni terasa nak mencuba kek tu..tp alhamdulillah lah..sebab setelah di terangkan tak boleh cancel order last minute akhirnya dia proceed order...maka ni lah yang terhasil..ternyata beliau amat berpuas hati...

     Dan yang bestnya beliau nak order lagi untuk birthday anak2nya...alhamdulillah...Yatie harap semua akan dipermudahkan untuk masa akan datang..bukannya apa..customer always right..kn la jaga hati pelanggan...ini adalah pengalaman yang amat berharga untuk Yatie...macam2 ragam pelanggan dapat tgk..


Hehehe..jumpa lagi entry akan datang...


Pagi2 Punya Cerita

as salam..pg ni otw g kerja dengar radio era..uishhh...topic hari ni agak best..pasal dessert..pengambilan dessert di waktu pagi dapat menyegarkan minda..tersenyum panjang sy pg2...yg bestnya dapat membatu kita dalam proses diet...tp kn lah ambil dalam kuantiti yang betul...