Wednesday, 16 October 2013

BROWNIES LAYERED WITH CHEESE

Selamat pagi...dah lama simpan resepi ni..tapi tak sempat nak publish..Raya haji yang lepas Yatie ada buat untuk mak mentua yatie...hmmmm..rasanya sgt sedap..gabungan coklat brownies n cheese memang sedap...sebenarnya Yatie ada mencuba beberapa resepi brownies ni..tapi yang betul kena di tekak ni resepi dari blog Evelyn Gemina...memang sedap..rasa coklat n cheesenye...memang tak terkata sedapnya..

Walaupun brownies ni dimakan tanpa topping tapi ianya masih enak..terutamanya dimakan selepas di keluarkan dari peti sejuk..

Gambar yang sebelah tu kek coklat moist...abaikan ye..sila cuci mata tengok brownies layered cheese kek ye..

BROWNIES LAYERED CHEESE..SELEPAS DI BEDAH SIASAT..


Pada yang berminat untuk mencuba boleh la mencuba resepi di bawah..

Brownies layered with cheese

sumber asal dari  Blog Evelyn Gemina 

Adunan brownies:
A
200g butter
200g dark chocolate
B
170g gula aising
4 biji telur 
1 sk esen vanila
C
170g tepung gandum
30g serbuk koko

Cara2:
1. Cairkan bahan2 A guna double boiler. Ketepikan.

2. Pukul bahan2 B hingga kembang. Ayak bahan2 C & masukkan dalam adunan B tadi, gaul guna hand whisk.

3. Kemudian, masukkan bahan2 A tadi, gaul hingga sebati.

Adunan cheese:
250g cream cheese
60g gula kaster
25ml air
1 biji telur

Cara2:
1. Pukul semua bahan2 adunan cheese kecuali telur hingga kembang.

2. Masukkan telur, pukul lagi hingga sebati. Ketepikan.

Cara2 melapis:
1. Panaskan periuk untuk mengukus. Sediakan loyang bersaiz 8'', griskan & alaskan dasarnya dengan wax paper.

2. Tuangkan 1/2 aduanan brownies tadi, tutup atas loyang dengan aluminium foil, kukus selama 15 minit guna api sederhana.

3. Kemudian, tuang pula adunan cheese & kukus lagi 15 minit.

4. Akhir sekali, tuangkan baki aduanan brownies & kukus lagi selama 20 minit. Bila kek sudah masak, angkat & sejukkan sepenuhnya atas wire rack.

SELAMAT MENCUBA...

8 comments:

  1. Assalam yatie...terima kasih daun keladi sudi cuba resepi dari blog saya yg x seberapa tu...terliur melihat brownies layer with cheese ni, bila2 kawan2 lain buat saya mulalah pasang angan2 nak buat juga,hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Eve..thanks pada Eve jgk sebab share resepi yang sgt sedap n best..First time yatie buat terus jatuh cinta sama kek ni..hubby pun sgt suka..

      Delete
  2. wow sedappnya..tq 4 ur resepi :) t boleh cuba,

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome...cuba la..memang sedap n berbaloi..selamat mencuba..

      Delete
  3. Done follow u..bestnye...simple tapi mesti sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks wan...saya pun dah follow u back..senang2 cuba lah resepi di blog sy ye..:)

      Delete
  4. nak tnya sis...klu bakar blh x? sbb biasanya kek kukus x tahan byk hari...klu kukus biasanya tahan berapa hari n adakah perlu diletakkan dlm peti ais...

    ReplyDelete
  5. nak tnya sis...klu bakar blh x? sbb biasanya kek kukus x tahan byk hari...klu kukus biasanya tahan berapa hari n adakah perlu diletakkan dlm peti ais...

    ReplyDelete