Friday 25 April 2014

RESEPI ROTI SARANG LEBAH

As salam...

Fenomena roti sarang lebah sana sini di fb...so mula2 Yatie tengok roti tu, waaaa...macam sedap..tapi tak terus cuba pun..cuma amik resepi jer..

So amik masa yang agak lama juga nak mencuba..hari2 Yatie tengok kawan2 post..percubaan pertama pon semua gempak2..tengok gambar pon boleh meleleh air liur...ermmmm...macam sedap jer..sampai la malam Jumaat minggu lepas, barulah seru nak buat roti paling popular ni...resepi ni agak simple..tapi serius sedap..

ok la...tak nak membebel panjang2.Thanks pada sis Lydia Honey sebab share resepi yang best ni..minta halal kan ye...jom kita tgk resepi..



 DOH✏️
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.   
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
 6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
  11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.







BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTE:- Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. 
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

SELAMAT MENCUBA...

Monday 14 April 2014

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN BOYESEN KE 7.

Assalammualaikum wbt...

Hai blogers semua...jangan terkejut pulak...entry kali ni berbeza...biasa pasal kek kan...hehehehe...tapi kali ni pon ada kek tp diselit cerita pasal club kereta sikit la...jom layan...

 klik disini..kalau nak kenali Boyesen lebih dekat...

Syukur alhamdulillah..semalam berlangsungnya majlis sambutan ulang tahun BoyesenMotorclub yang ke 7 dengan suasana yang amat meriah sekali..berlangsung di restoran D'king Mee Undang Banjir & Ikan Bakar Power Klang Sentral. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran club jemputan seperti Haswhan dan Club Viva central..

 Sekalung tahniah, diucapkan pada semua ahli club Boyesen yang bertungkus lumus, prepare majlis sambutan semalam serta memberi layanan first class untuk semua tetamu...tumbs up untuk semua..

KETIBAAN TETAMU...

UCAPAN RINGKAS DARI PENGERUSI DAN PRESIDEN CLUB..  


Selepas acara ucapan ringkas dari Pengerusi majlis , President club dan club jemputan yang lain, Part yang  ni paling best...acara potong kek..memang havoc...anak2 club Boyesen yang sibuk nak potong n tiup lilin...masing2 berebut nak duduk depan kek...terutama anak En Fakhir n Angah...Fuhhh...jenuh control..almaklum la..masing hyper tahap gaban...tp alhamdulillah...under control...selamat la...
KEK YANG DITEMPAH DENGAN YATIE..TQ BOYESEN  MOTOR CLUB


MUKA HAPPY NAK TIUP LILIN..

SEMANGAT ESYA TGK KEK...AIM KERETA JER TU...


Dah tiup lilin, acara seterusnya pe lagi makan mee udang la...memang sedap...memandangkan tengah lapar...semua sedap..

MERIAH...SEDAPP...

BARISAN ISTERI AHLI BOYESEN...LAYANN..



Walaupun majlis berjalan dengan serba ringkas...tapi tetap meriah...bg pandangan personal Yatie...memang best...anak2 pun happy...

TERBAIKK...



Akhir sekali...good luck untuk semua ahli club Boyesen...semoga club kalian makin berkembang dan dikenali, disamping pembaharuan yang telah di buat...Tahniah sekali lagi untuk semua Pria terhebat...

Wednesday 2 April 2014

SNOW CHEESE BIRTHDAY

Assalammualaikum...

Dah lama tak update blog ni...kerinduan nak menaip dah membuak2...sejak bertukar kerja ni, rasanya masa agak terhad...balik kerja terus pengsan..hurmmm...tempahan kek pon dah banyak ditolak, disebabkan kekangan masa..

Alhamdulillah hari ni berkesempatan mengupdate kek yang di tempah minggu lepas..Terima kasih pada Errah dari Sri Damansara, sebab sudi order. Feed back yang diterima pun cukup mengembirakan hati Yatie..Errah puas hati ngan rasa kek...so Yatie happy sgt2 bila customer suka..

Ok jom kita layan gambar kek...







Pada yang berminat untuk order, boleh la sms or wasap 012-6768654 Yatie.