Assalamualaikum w.b.t...
Malam tadi Yatie buat Kek span coklat...Kek span coklat ni adalah kek asas yang kita buat sebelum kita deco dan hias menjadi kek yang kita inginkan atau mengikut kehendak pelanggan...Terpulang pada kreativiti masing2 samada untuk gandingkan kek span coklat ni bersama mousse coklat dan disalut dengan coklat ganache... ermmmm memang sedap.....ataupun ianya lazat juga jika digandingkan dengan blueberry bersama freshcream...pendek kata kita harus bijak memilih kombinasi dalam memastikan kek yang kita buat sedap...
Ok kali ni Yatie just nak share tips untuk kek span yang cantik...bukannya apa...kadang2 kita abaikan aspek2 yang kita rasa tak penting, akhirnya memnyebabkan hasil yang kita dapat tak secantik yang kita harapkan...
Diharapkan perkongsian ni akan membantu kawan-kawan dapat kek yang cantik....
![]() |
Teksurnye sangat gebu... |
![]() | |
Siap untuk dideco |
Sumber Asal : BLOG UMI'S CUP CAKE (Terima Kasih)
Tips ini sesuai untuk kek span dan kek chiffon (tips ini dari kak mariza dan ada di FB Jom masak page)
- Tepi loyang TIDAK perlu di gris, jika gris, kek akan penyek sebaik sahaja di keluarkan dari loyang.
- Terlebih bakar, kek akan mengecut sedikit
- Sebelum terbalikkan kek, ambil sehelai kertas minyak , sapukan sedikit marjerin...letak pada permukaan loyang, letakkan pada redai, baru diterbalikkan,...ini untuk mengelakkan permukaan kek 'cedera'.
- kek yang telah masak,
wajib terus dikeluarkan dari oven...sisipkan tepi kek dengan pisau dan
terus di terbalikkan... kek yang dibiarkan sejuk dalam loyang akan
mengecut dan penyek
Resepi Kek span coklat...walaupun mudah tak pe la Yatie share kan juga....
Sumber Asal :Azlitamasammanis ( Terima Kasih)
CHOCOLATE SPONGE CAKE
By : Chef Alex Goh
Rujukan :Buku Masakan Fruity Cakes
Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula kastor
Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula kastor
Bahan C
95 gm tepung gandum
15 gm serbuk koko
~ kedua-dua bahan ini di ayak
Bahan D
70 gm butter ~ dicairkan
1 sudu teh esen vanila
Sediakan loyang bulat 8 inc
Oleskan bawah loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek ~ ketepikan
Panaskan oven pada suhu 170C
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue)
Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) kedalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan koko yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata
Tambahkan esen vanila
Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna ( suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing)
Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai.
Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti.
Selamat Mencuba...
Tq share Yatie...bru sye taw kne kuarkan terus klu x kek penyek ek..selalu tgu sejuk baru kuarkan ^______^
ReplyDeleteWC...puas hati kan, tgk kek cantik jer...
DeleteTq share Yatie...bru sye taw kne kuarkan terus klu x kek penyek ek..selalu tgu sejuk baru kuarkan ^______^
ReplyDeleteResepi tu guna telur gred A atau B?
ReplyDelete